Mukhadimah...sebelum apa2..Niat!!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Pertama sekali sebelum aku start penulisan nukilan2 ilmu yang kebanyakkan tentang ilmu2 islam nih..aku nak niatkan ianya semata2 kerana allah dan sesiapa yang membaca semua nukilan nih akan diberi berkat (jika mengulanginya) dan  rahmat (jika ia baru baginya).
okeh..apa-apa pn ada panduan sebelum korang baca bab2 seterusnya...kebanyakkan tulisan rumi aku memang hancuss sbb aku mmg susah nk translate jawi/arab dlm rumi...tapi aku akn cuba kurang2nya bunyi nak dekat2 sama pn..ok la.lagi satu semua yg aku tulis ni adalah benda yg aku dengar dari kuliah,baca kitab2 dan tgk youtube...itulah sumber2 aku.
lagi satu (brapa banyak la..) semua benda yang aku tulis akan ada dalil siap sanad dan matan (kalau hadis) kurang2 pn aku akan bg rujukan kitab utk korang usha2. kalau Quran aku akan bg ayat (dan rujukan kitab kalau ada tafsir).
Dan lagi satu(tengok tu!!..)aku ni slow skit kalau duduk dpn komputer (ngantok lebih...maklumlah..kerja jemur panas hari2)..so bingkisan ni akan jd slow utk diupdate sbb aku nk pastikan apa yg aku tulis adalah apa yg sebenar benarnya yg aku belajar..moga Allah merahmati kita..amin

    Hadith riwayat Iman al-Tabarani dan Abu Shaibah daripada Abdullah Ibnu Mas'ud :

"Sesungguhnya Al-quran ini adalah hidangan Allah, maka pelajarilah daripada hidangan-Nya itu sedaya upaya kamu"-aldarimi (3189 jilid2), al-hakim (al-mustadrak 2040 jilid 1 m/s741-sanadnya adalah sahih)