Monday, April 18, 2011

mak aii!!

Rupa2nya lama jgk aku xupdate blog ni...asyik bukak baca yg org nyer je...yg sendiri xterusik pun.bukan apa nak jgk tgk pngalaman org melihat dunia sekeliling. mungkin aku lepas ni xupdate kat sini sbb kalau korang perasan kat sebelah kanan blog aku ni ada sudut ilmu..so aku akan start menulis kat situ.

owh..hari tu hampir2 aku nak terbeli kamera DSLR Nikon 3100..tp memandangkan projek perlukan duit sgt2 dan aku lebih sayangkan masa depan aku dr kamera ni..maka terpaksalah aku bekorban wahai kamera yg kuidamkan!!huhu... Nangiszz!!

Anyway aku syukur pada tuhan yg memberikan aku rahmat yg xhenti2 dari aku lahir sampai la skarang. Kasihmu tuhan padaku amatku syukuri dari sedut udara sampai la ke rezki.Moga dikau memberi berkat dan redha kepadaku..amin..

Tuesday, November 23, 2010

PERLIS KE, KEDAH KE, KL?




“Awak ni asal dari mana?”…..soalan ni kalau pikir2 senang je aku nk jawab. Tapi samada jawapan aku betul ke salah itu membuat benak aku susah dan senak memikirkannya. Masa aku kecik2 dulu soalan simple ni slalu menghantui daku tatkala diaju sedemikian. Complicated jugak citernye…tapi aku ceritakan jugak.
Masa aku kecik2 (umur 1 hari sampai tadika) bapak aku keje kt hospital Kangar. Maka aku dilahirkan kat Bandar Kangar seperti yang tertera di kad pengenalan aku hendaknya. Duduk kat sana memang enjoy. Biasala zaman kanak2. Mak aku cakap aku ni nakal sampai mak aku panggil aku “peluru”. Asal toleh je hilang…asal hilang je toleh..zuss..zass…kaki kena kaca, kena sengat tebuan (sampai bomba datang umah aku buang sarang tebuan tu kat chimney) adalah benda biasa di alam kecilku. Main bunga api, lari2 gi umah nenek jah (jiran kampung depan), pastu sorok kasut dia sbelah tempayan…kesian nenek jah sbb dia ingat dia dah nyanyuk padahal aku yang jahil tu menginiayakan beliau…huhu.

Start darjah satu aku pulang ke Alor Setar, kedah, negeri kelahiran ayahanda bondaku. Mak aku lahir kat Yan,kedah. Beliau adalah keturunan patani Thailand. Bapak aku plak asal orang alor setar, anak yatim masa kecik berjalan kaki ke sekolah rendah 7KM berbekalkan botol kaca berisi air telaga habuan minum masa rehat. Masa sekolah menengah beliau kayuh basikal 10 KM dan melanjut sampai tingkatan 6 (25 km) kt Sultan Abd Halim College (sekolah omputih)…mak aku cakap sbb tu la bapak aku buasir bila dah tua. Tak ramai member2 bapak aku habis skolah sbb masa tu kehidupan kampung memang mencukupi dan mereka tak nampak knapa mereka perlu belajar susah2 pening2 kpala bergolok bergadai berkorban jiwa raga masa dan harta benda hanya smata2 nak blajar. Bila dah abis blajar kt UM (masuk sokabo oo..bangga arwah nenek aku) bapak aku keje ngan gobermen pastu kawin ngan mak aku.tamat.

Dari darjah 1 sampai 3 aku skolah kat Abim. Cita2 bapak aku nak aku jadi ustat. Aku rasa bersyukur sangat sbb dapat blajar banyak benda kat situ. Makan dalam dulang, solat berjemaah, jadi imam, hafal quran 2-3 juzuk, hafal hadis 40 (aku bleh hafal 8 je tu pn skarang ingat2 lupa), jadi posmen surat cinta member (kantoi plak tu..). Waktu blajar aku kt situ dari pukul 8.30 pagi sampai 5.00 petang. Breakfirst, lunch and tea smua disediakan. Cuma tido je xde dalam program (tadika dulu ada siesta beb..sapa xtido kena rotan!!). Sepupu aku dua bradik ngan adik pompuan aku satu skolah ngan aku. Jadi apa2 kejahatan yang aku buat akan direport direct kepada dua bahagian. Satukat bapak aku, satu kat pakcik aku. Nak dijadikan cerita, pengetua sekolah aku pulak adik bradik mak aku!! Dan aku kena panggil dia Pak Su!! Adoiyaii. Bila kanak2 sebaya aku bercerita pasal gaban ngan suria perkasa hitam…I only know a little bit bout them because I only watch them on friday…at my neighbor house!! Di sebabkan aku duduk kat taman, maka basikal menjadi alat aku untuk bersosial bersama anak2 jiran tetangga. Racing sampai jatuh parit adalah rutin (sampai skarang parut kat kening ada lagi) dan kena kejar anjing adalah aktiviti sampingan (sape suruh aku menganjing anjing tuh!!). bila dah darjah tiga tamat, bapak aku berpindah pulak kat K.L.

Kat K.L aku bersekolah kat skolah agama swasta kat Gombak. Sekolah Rendah Islam Al-Huda  (batch aku adalah perintis)mempunyai cikgu2 yang amat berkaliber. Teknik belajar dan penghayatan ilmu amat santai dan berlainan. Banyak perkara yang membuka minda aku tentang hubungan dunia, manusia dan agama. Dulu kat kedah aku diasaskan agama dan akhirat (akhlak, tajwid,sirah, al-quran sunah, dan lain2). Tapi kat sini aku lebih diajar mengenai manusia itu sendiri (tauhid, tafsir dan the best..feqah ). Kat sini baru aku dapt tengok betapa peliknya manusia dalam kehidupan harian dan bagaimana agama menguruskannya. Hidup di KL amat sempit bagiku..hanya skolah saja yang aku ada. Pas abis UPSR, aku ambik keputusan xnak ikut family aku berpindah ke sri aman, sarawak sebaliknya pulang ke perlis..bersekolah asrama di sana…alone.

Disinilah bermulanya kisah2 menarik dalam tumbesaran aku. Hidup berdikari bukan mudah tambah2 lagi xde orang nak guide. Kena buat dari A-Z tak macam kawan2 yang lain..hari minggu balik umah cuci baju pastu dating balik. Aku sakit pening ke smua urus sendiri (nasib la tuhan kurniakan badan tanpa demam dan sakit kat aku..alhamdulillah). kalau cuti sekolah panjang aku balik kampong aku kat kedah. Arwah nenek aku memang lepas abis kat aku…mana aku nak gi balik sampai malam2 gi menjerat burung xpenah dipersoalkan. Janji solat jangan tinggal. Hidup kat kampong memang best. Tu yang aku xsabar2 nak cuti penggal tu! Kalau balik musim menuai padi, boleh gi racik burung buat lauk. Jerat ayam hutan (tapi slalu aktiviti yg melibatkan ayam hutan ni aku slalu gi ngan arwah pakya..sbb takut terembat belaan “orang” kononnya…kononlaa..) boleh gi menembak ibu haruan besar badan aku (masa tu la) ngan senapang penabur. Kalau balik musim menanam bleh gi kejar KUBOTA (pembajak) –sbb masa membajak kitorang kt blakang Kubota ni gi serkap ikan. Kalau salah serkap ular tedung abis smua  lari..huhu..dah dapat ikan gi bela dalam baldi pastu hari2 amik makan. Masuk dalam paya nipah carik ikan laga (fevered aku ni  sbb leh curik minum air nira nipah tok long silat), rembat perahu man rempah buat tahan taut tak pun suluh udang malam2, mandi sungai hari2 (dulu asal subuh je gi mandi sungai…tapi ada hari tu pas mandi ada taik lembu kat towel aku..aku amik kayu nak kuis…tiba2 dia gerak2…baru aku tahu ianya ular sawa..larikk..nasib aku mandi tertib..klau tak..), maghrib gi surau kayu pastu ngaji (aku plak yg kena ajar bdk2!!...hampeh tul tok siak ni)…balik ngaji mnyamar hantu kacau bdk2 pompuan..dah penat gi curik buah rambutan on da way blik umah. Jarang skali aku tengok tv kt kampong. Pas abis ngaji salin baju, makan pastu keluar naik beskal/moto malam2 buta gi tengok burung hantu kerja (tangkap tikus) kat sawah…sambil2 tu gi suluh gi angkat tangkul ke bubu ke kot2 dapat ikan ke belut ke leh la pesta2 unggun api di malam yang sunyi!! Tapi tu semua dulu…skarang air sungai dah tercemar…dulu sungai tu ibarat kawan…dari minum sampai la ke berak semua sungai tu la (air paip ngan telaga ada..tapi  air sungai lagi feel)..skarang sungai tu dah semacam musuh pulak…dari racun rumpai, dengan berminyak siap ada bangkai la hapa la smua ada kat situ. Arus pun smakin perlahan. Bau pun lebih busuk dan hanyir. Ikan pun dah xbrapa ada. budak2 skarang xmcm dulu.hemmm..

Bila dah abis skolah aku gi shah alam, and then JB pastu keje kat sunway…tapi duduk ngan parents aku kat putrajaya( dh spuluh tahun dah diorang kat putrajaya…pas abis kontrak kat kuching). Asalnya aku sewa umah kat damansara tapi bila smua adik2 aku dah kuar umah maka aku kesian plak mak ayah aku duduk sensorang kalau jadi apa2 susah. Maka pindah la aku ke rumah parents aku sampai skarang. Jadi kalau orang tanya aku “awak ni orang mana”…dengan confident aku jawab..”KEDAH”!!

“HIDUP UMPAMA AISKRIM, NIKMATILAH IA SEBELUM IANYA CAIR”

Media is Mania


Ini adalah kali pertama aku menulis dalam bentuk kritis dalam blog aku (sbb aku rembat laptop codok bwk blik umah..huhu). Sejak dua menjak ni setahun kesetahun ni aku tengok pengisian media terutamanya dari segi isi ilmiah amatlah kurang. Kalau nak dibandingkan  dengan entertainment content memang macam langit dan bumi. Tengok sok kabo dah le, ruang hiburan je siap ada column sendiri rata2nya lebih dari 3 mukasurat penuh beb!berbeza ngan ruang ilmiah semuka setengah je…yg lain2 berita sehari harian. Abis tu pengisian ilmiah dalam pembacaan yang mana yg aku nak?!..xde la apa pun…cube la letak ruang medic ke dalam sok kabo tu,pastu ruang nasiahat niaga ke, tips-tips mcm mana melayu nk maju ke (yang dipinjam dari orang cina), undang2 ke hape ke…kan best tu klau aku ada ilmu2 tu nak dibaca pagi2 ke petang2 ke.
Bukannya xde ruang2 ilmiah mcm yg aku sebut td kt sok kabo ke TV ke hape ke…Cuma terlalu sikit..ada pn ujung2 minggu je tu pun kalau nk dibandingkan ngan hiburan siap ada sisipan khas lagi..HIP la, Pancaindra la hape la. Nak harap TV?!...yg betul2 dipromo kaw2  korang  tengok la sendiri…ada nyanyi2 ngan joget2 tu la yg paling banyak promo!..rating katanya…duit tu duit jugak tapi ingat,apa yang dihidangkan pada anak bangsa itu la yang mencerminkan generasi yang akan dihasilkan dari acuan2 skarang ni. Kalau senget hidangan atau acuan..maka senget la anak bangsa nanti. Kan aku dah membebel tak pasal2 plak korang nk mlayan.
Teringat aku cikgu skolah menengah aku dulu yang mengajar sejarah masa aku tingkatan 3. Nama dia cikgu azalan xsilap aku. Dia ni keturunan bugis asal dari pesisir pantai samporna, sabah(kalau xsialp aku la). Asal masuk kelas je memang kaw2 dia kutuk kami budak2 melayu. Memandangkan sekolah aku skolah agama, maka semua yg skolah kt situ semuanya budak2 melayu. Dalam masa mengajar tu ade je dia selit2 kata2 kutukan kat bangsa melayu such as melayu ni malas la, lembap, xsedar diri dan xth diuntung. Menyirap jgk aku masa tu. Tapi bila aku dh besar  skit baru la aku nmpak sgala kebenaran kata2 cikgu aku tu. Beliau hanya menyatakan kebenaran dan itu adalah taktik beliau untuk kami anak2 melayu bangun sedarkan diri yang konon2 nak kaya tapi malas buat kerja, selalu fikir singkat, bazirkan peluang dan masa, dan blab la bla.
Kemudian aku bila aku besar sikit lagi persepsi aku jadi berlainan sikit. Bagi aku melayu ni masih satu bangsa yang muda. Melayu penah maju dulu tp sbb duit maka ditendang la oleh orang putih sampai rebah. Pas merdeka baru blajar nak bertatih dulu sampai nk merangkak…sampai la skarang..masih merangkak. Jadi melayu ni betul2 memerlukan pertolongan dari bangsanya sendiri sbb dalam dunia ni xde bangsa lain nk mnolong bangsa lain walaupun islam ajar bahawa saudara seagama itu adalah sebangsa tiada beza. Maka diberi la subsidi dan khidmat nasihat ditatang bagai minyak yang penuh oleh pemimpin2 mereka walau ada segelintir pemimpin hanya mengambil kesempatan saja tp kurang2nya dia tolong jugak xde la pulun abis. Namun begitu ada segelintir orang melayu sendiri menentang subsidi dan amalan tolong mnolong ni sbb katanya xadil bg pihak bangsa lain. Bangsa lain ada ke mati lawan penjajah dulu?brapa sen diorang kumpul duit antar rombongan Tunku gi London? Tapi semua tu bukan persoalan yg dibangkitkan sbb bangsa lain tetap Malaysian no matter what. Everybody respect that.
Maka pemimpin2 tolong2 la anak2 bangsa mu nih. Gemblengkan semua sumber  yang ada terutamanya media untuk bangunkan melayu. Takat nak guna media buat kempen politik tu skali-skala udah la kang rakyat jemu tengok brita asyik2 politik asyik2 politik kang naik angin kang pangkah yg lain macam baru2 ni baru korang cirit. Pada peminat hiburan tu jangan la cop aku ni anti hiburan pulak…bukan xleh tp pada2 la..lagi korang ketagih lagi banyak media bagi kt korang. Aku pn layan jgk melodi tv3 hari ahad tu. Aku pun layan naruto, gundam ntv7, detective conan(dulu la), raja lawak, pocoyo,..Cuma media wat le banyak skit learning slot ala2 learning channel astro tu…kan bagus. Xpn wat cam Top gear ke ape ke..ada gak ilmu ngan leh enjoy. Blaja tu boring tapi kena cara memang fun abis. Mat saleh bleh buat xkan melayu xbleh buat. Maka sedar-sedar la melayu..mintak tolong klau perlu pertolongan, jangan harap orang suap je,usaha2 le skit. Rebut peluang tebalkan muka jangan sia2 benda yang ada sapu abis pukul rata peduli apa orang kata sbb kita jgk yg nk Berjaya dah Berjaya jgn lupa nk tolong anak bangsa walau dulu xdapat apa2 mintak tolong org xbagi muka mintak nasihat orang mengata memang celaka tapi usaha punya usaha akhirnya bejaya jua pastu orang mntk tolong kat kita nk Berjaya nak buat kita idola kita plak kata sorry dulu aku sendiri2 nk berdiri sampai skarang dah bleh berlari ko pun pandai2 la sendiri jgn mcm tu dia anak bangsa kita jangan la buat naya kesian la kat dia…anak bangsa melayu kita.
Balik la bangsaku, dah jauh hanyut dah…pegangla al-quran dan sunnah…nabi nk mati pn dia sebut pasal umat dia (korang la tu!...aku pn sama)…udah2 le tu.

People are like mirror for us, they say what reflect from us. They will say badly about us before we finish our make-up but we won’t stop coz we know they will say good things when we finish. As long as you know what you do, just do it. Take what people say as guideline and lesson for you to achieve whatever you want. wassalam

Sunday, November 14, 2010

What is the most frighten you in your life

Sesetengah orang takutkan serangga: lipas, cicak, lipan, maggot,lintah dan lain2. Ada yg takut ketinggian, sempit,kelajuan, kesesakkan dan lain2. Ada yg takut benda yg kita rasa pelik mcm badut, mak mertua, polis, angsa, jabatan agama, kereta mayat dan lain2. Tapi kebanyakkan orang selalunya takutkan hantu, rasaksa dan seangkatan dengannya.

Tapi benda yang aku paling takut ialah kesunyian. Kesunyian membuatkan aku kebuntuan yang amat sangat. Entah nape aku rasa xbleh hidup kalau sunyi2 nih. Rasanya sbb persekitaran aku yg mn menuntut kesunyian itu hadir hanya untuk certain time and place. Dari kecik aku hidup dengan adik bradik yg ramai (6 orang..xde la ramai pun..)…pastu masuk je skolah mnengah duduk asrama yg smemangnya meriah sampai ke pagi. 5 tahun ddk asrama ada la 3-4 kali blik umah (sbb jauh)..so aku blik kampung je la masa cuti panjang. Kt kampung plak  spupu ramai masa cuti skolah so xde la sunyi langsung…tambah2 klau raya..mau 2-3 hari xtido!..dah abis skolah masuk U pn kna kuat sosial politik maka riuh rendah la kolej cemara seksyen 18 tuh!pastu masuk IKMJB laaagi la meriah sbb banyak hantu2  raya siap ngan burung hantu lagi..sbb tu la kt IKMJB xpenah budak kena hysteria sbb hantu pn xbrani nk lintas depan pagar kolej!...apa puya hantu bdk2 nih. Berbalik pada mauduk asal,pas abis IKMJB, aku keje kt damansara(kayu ara…masa tu xkene roboh lagi area kilang2 haram kt situ)…duduk plak kt flat kota damansara seksyen 7 (penempatan semula penduduk tanah haram PKNS)…dengan budak kecik melalak 24 jam kt umah sbelah sampai la mat rempit test ekzos kt bawah tu…semuanya dh lali di telingaku.
Lepas 2 tahun lepak kt kota damansara maka bermukimlah aku kt putrajaya. The surroundings at that area are totally different. Cukup pkul spuluh je sunyi..aman. Member2 xde…kedai mamak pn kt presint 8 je tu pn bukan 24 jam (ni crita 2007 la…masa aku duduk 2002 dulu 7-11 je ada!!) ptt la mak bapak aku suka sangat ddk sini (tp diorang lagi suka ddk kt kuching sbb lagi relax suasana kt situ). Maka mati kutu la aku kt situ..nasib baik ada kengkawan kt sri kembangan leh la jgk lepak2 hari minggu.
Tapi tahap ketakutan aku pada kesunyian akhirnya teruji  jugak setelah sekian lama aku dapat melarikan diri selama ini. Peristiwa ini terjadi bila aku gi kursus kt kemaman selama 3 bulan…bayangkan aku duduk kt strawberry resort sensorang tiap2 kali malam minggu. Nk harap member aku payeng tu ntah ape nasib masuk hospital plak memanjang kes lutut lari main bola. Maka seksanya aku duduk di malam yang sunyi, ditempat yg amat sunyi (strawberry Kijal), dibandar yg sunyi (Kemaman) dan berteman jiwa yang sunyi. Rasa nk nangis je rasa…menjerit hampir gila jgk aku…bayangkan…3 bulan!! Masa tu baru aku sedar  betapa pentingnya all my friends and family that I’ve got all these days!!please god bless me for all these gift so I’am not take it for granted. Amin!!
Dah abis kursus aku pn kembali ke KL an kembali normal walaupun dah xberapa cekap cilok kereta 70km/j kt jalan tun razak macam dulu..ye la…kt ganu mana ada keta sangat..jalan pn 2 lane je, xde lampu plak tu.  Tapi pengalaman ni betul2 memberi pengajaran (lesson of the lifetime) kt aku yang mana aku xbleh sia-siakan kawan n famly yg aku ada. Aku dah kehilangan kampung 5 tahun dulu…aku xnk kehilangan lagi (cari bini orang kampung la aku pasni…muahahaha!!!)
“BEKAWAN LAH WALAU SERIBU, KERNA KAWAN YANG SERIBU ITU TERLALU SEDIKIT UNTUKMU, JANGAN BERMUSUH WALAUPUN SATU, KERNA MUSUH YANG SATU ITU TERLALU BANYAK UNTUKMU”

Thursday, October 28, 2010

LIFE IN DILEMMA


Life in dilemma..what a life!!

Dalam bidang aku ni,klau nk berjaya,pengalaman adalah segala-galanya. Tapi dalam menimba pengalaman yang mengambil masa yg saaangat lama tuh, langkah2 tambah nilai perlu diambil. Masalahnya semua tu pakai duit. Kononnya nk setlekan kan smua kursus or course yg aku nk amik dalam tahun ni jgk tp apa daya adik aku plak nk kawin ujung tahun nih…maka burn la duit aku yg xsberapa tuh. Course M-BOSET tu dh le mahal (takat ratus2 udah le..)…2-3 hari je plak tuh!!nk amik CSWIP lg…NIOSH lg…smua tu kejap je xsmpai sbulan leh cover tp dia nyer damage…mau berpuluh ribu…klau nk amik biar keje berpada-pada la nanti2 nih!!....jangan dh amik pas tu hampas pn xde…
So…apa yg dilema sangat?
Citernye macam nih,
 kalu aku amik course     = keje kena pulun abis sebab duit dh banyak abis = income stabil
Kalau setup biz                 = kena keja maut2+pecah kpala+srabut jiwa+dedicate my life=9/10 rezki 
            
Makan gaji or keja sendiri…pening beb…smua ada pro and con….namun ada pendapat kengkawan suruh makan gaji dulu kang dah 3-4 tahun kumpul modal kaw2 baru start biz….nk strart biz plak connection and contact kena firm..consultant ke main con ke hape ke kena kuat beb…cabaran duniawi pn banyak!
Tp bak kata mamu (sorang2 nyer member aku yg kamikaze wat biz..dh kawin..siap ada ank kembar lg..tp bini dia org gomen arr..so stabil la skit)…slalunya nk bisnes ni ko kna Nampak benda yg org xnmpak..buat benda tu ..hasilnya memang lumayan. Aku tanya balik apa contohnya? Mamu pn bg la aku contoh yg membuka minda “hang tau dak klau hang bleh wat lead penyapu plastic kt umah tu…aku sure hang kaya raya…sbb lead penyapu tu smua org import dr Taiwan”….hemm…now I know. Tp bkn maksud aku kt sini nk wat lead penyapu tu, tp cara pemikiran aku perlu kearah sesuatu yg macam tu kalau aku nk setup biz laa..tgk contoh tokey rina salleh resources..dia bleh survive ngan shawl dia dengan berbekalkan knowledge dia yg suka melaram kaw2 tuh+keje keras+bukak booth kt U(promo skali) and internet(fb and her pink blog)..and she work at home!! (abah dia mmg xsuka kacau dia masa dia keje..nasib anak kak yong kecik lg). kesimpulannya..work hard..be smart..grab opportunity..build contact..bla bla bla..and u will success. Insyaallah…aminn..

May my decision on this matter will become something in the future and may Allah bless all my family and friends…and wish you all happy through the time.

Saturday, October 23, 2010

Special about my friends..

Kebanyakkan member2 aku mempunyai panggilan yg sangat unik...and i'am verry proud of them...hehe. Bukan apa...dengan nama2 panggilan sebegini maka teserlah le keakraban kitorang sekian lama terjalin bak isi ngan kuku, aur ngan tebing serta tayar ngan rim..ceewah..

Antara nama2 diorang ni seperti codok,bogang,bonak jelebo,kujor bekbek,londrey, cetong, janggus, kudap, spoket, tangok, bella gonjeng, cik tuan, cik puan, arab, bajang, mamu, cilabi, bupap, gelembong, sirap, mat rempah, makalele, ngatok dan beratus2 nama panggilan lg....

Nama nih masih lg dipakai lg sampai skarang yang mana kalau bini2 diorang ni sembang ngan aku, diorang pn bahasakan suami diorang ngan nama nih..huhuhu...nasib laa anak2 xleh cakap lg klau tak confirm diorang plik nama bapak2 diorang ada lebih dari satu.

Kebanyakkan nama2 ni diambil masa kitorang blajar dulu2 lagi...tp disebabkan ikatan kemesraan nama2 tersebut dibawa kemana2 saja sampai klau nak sbut nama sbenar pn ingat2 lupa + blur2 smacam...adoiyai.

Kepada kawan2 skalian...friends forever ok!!wish you all in good health and wealth...may Allah bless you all guysz!!

"berkawanlah walau seribu, kerana seribu kawan itu terlalu sedikit, jangan bermusuh walaupun seorang, kerana seorang musuh itu terlalu ramai"

Discover My Life

Di sebabkan semenjak dua menjak nih hidup aku menjadi semakin simple....maka terjadilah apa yang dikatakan orang penyakit "life is bored syndrome"....

sebelum ni (3-4 tahun dulu) beberapa langkah telah pun diambil bagi menyigkirkan sindrom kurang daya mental nih dan ianya berjaya tapi kesannya telah pun berakhir.Maka langkah2 drastik pun diambil:

a) Evaluate your past and detect any missing
b) Improve more in something...like life link (friends and family)
c) List down the consequence and damage(if any)
d) Choose your way
e) Expect unexpected

  world is moving too fast...i need to catch it up while i still can...2010 is my platform....2011 is time to move!!