Tuesday, November 23, 2010

PERLIS KE, KEDAH KE, KL?




“Awak ni asal dari mana?”…..soalan ni kalau pikir2 senang je aku nk jawab. Tapi samada jawapan aku betul ke salah itu membuat benak aku susah dan senak memikirkannya. Masa aku kecik2 dulu soalan simple ni slalu menghantui daku tatkala diaju sedemikian. Complicated jugak citernye…tapi aku ceritakan jugak.
Masa aku kecik2 (umur 1 hari sampai tadika) bapak aku keje kt hospital Kangar. Maka aku dilahirkan kat Bandar Kangar seperti yang tertera di kad pengenalan aku hendaknya. Duduk kat sana memang enjoy. Biasala zaman kanak2. Mak aku cakap aku ni nakal sampai mak aku panggil aku “peluru”. Asal toleh je hilang…asal hilang je toleh..zuss..zass…kaki kena kaca, kena sengat tebuan (sampai bomba datang umah aku buang sarang tebuan tu kat chimney) adalah benda biasa di alam kecilku. Main bunga api, lari2 gi umah nenek jah (jiran kampung depan), pastu sorok kasut dia sbelah tempayan…kesian nenek jah sbb dia ingat dia dah nyanyuk padahal aku yang jahil tu menginiayakan beliau…huhu.

Start darjah satu aku pulang ke Alor Setar, kedah, negeri kelahiran ayahanda bondaku. Mak aku lahir kat Yan,kedah. Beliau adalah keturunan patani Thailand. Bapak aku plak asal orang alor setar, anak yatim masa kecik berjalan kaki ke sekolah rendah 7KM berbekalkan botol kaca berisi air telaga habuan minum masa rehat. Masa sekolah menengah beliau kayuh basikal 10 KM dan melanjut sampai tingkatan 6 (25 km) kt Sultan Abd Halim College (sekolah omputih)…mak aku cakap sbb tu la bapak aku buasir bila dah tua. Tak ramai member2 bapak aku habis skolah sbb masa tu kehidupan kampung memang mencukupi dan mereka tak nampak knapa mereka perlu belajar susah2 pening2 kpala bergolok bergadai berkorban jiwa raga masa dan harta benda hanya smata2 nak blajar. Bila dah abis blajar kt UM (masuk sokabo oo..bangga arwah nenek aku) bapak aku keje ngan gobermen pastu kawin ngan mak aku.tamat.

Dari darjah 1 sampai 3 aku skolah kat Abim. Cita2 bapak aku nak aku jadi ustat. Aku rasa bersyukur sangat sbb dapat blajar banyak benda kat situ. Makan dalam dulang, solat berjemaah, jadi imam, hafal quran 2-3 juzuk, hafal hadis 40 (aku bleh hafal 8 je tu pn skarang ingat2 lupa), jadi posmen surat cinta member (kantoi plak tu..). Waktu blajar aku kt situ dari pukul 8.30 pagi sampai 5.00 petang. Breakfirst, lunch and tea smua disediakan. Cuma tido je xde dalam program (tadika dulu ada siesta beb..sapa xtido kena rotan!!). Sepupu aku dua bradik ngan adik pompuan aku satu skolah ngan aku. Jadi apa2 kejahatan yang aku buat akan direport direct kepada dua bahagian. Satukat bapak aku, satu kat pakcik aku. Nak dijadikan cerita, pengetua sekolah aku pulak adik bradik mak aku!! Dan aku kena panggil dia Pak Su!! Adoiyaii. Bila kanak2 sebaya aku bercerita pasal gaban ngan suria perkasa hitam…I only know a little bit bout them because I only watch them on friday…at my neighbor house!! Di sebabkan aku duduk kat taman, maka basikal menjadi alat aku untuk bersosial bersama anak2 jiran tetangga. Racing sampai jatuh parit adalah rutin (sampai skarang parut kat kening ada lagi) dan kena kejar anjing adalah aktiviti sampingan (sape suruh aku menganjing anjing tuh!!). bila dah darjah tiga tamat, bapak aku berpindah pulak kat K.L.

Kat K.L aku bersekolah kat skolah agama swasta kat Gombak. Sekolah Rendah Islam Al-Huda  (batch aku adalah perintis)mempunyai cikgu2 yang amat berkaliber. Teknik belajar dan penghayatan ilmu amat santai dan berlainan. Banyak perkara yang membuka minda aku tentang hubungan dunia, manusia dan agama. Dulu kat kedah aku diasaskan agama dan akhirat (akhlak, tajwid,sirah, al-quran sunah, dan lain2). Tapi kat sini aku lebih diajar mengenai manusia itu sendiri (tauhid, tafsir dan the best..feqah ). Kat sini baru aku dapt tengok betapa peliknya manusia dalam kehidupan harian dan bagaimana agama menguruskannya. Hidup di KL amat sempit bagiku..hanya skolah saja yang aku ada. Pas abis UPSR, aku ambik keputusan xnak ikut family aku berpindah ke sri aman, sarawak sebaliknya pulang ke perlis..bersekolah asrama di sana…alone.

Disinilah bermulanya kisah2 menarik dalam tumbesaran aku. Hidup berdikari bukan mudah tambah2 lagi xde orang nak guide. Kena buat dari A-Z tak macam kawan2 yang lain..hari minggu balik umah cuci baju pastu dating balik. Aku sakit pening ke smua urus sendiri (nasib la tuhan kurniakan badan tanpa demam dan sakit kat aku..alhamdulillah). kalau cuti sekolah panjang aku balik kampong aku kat kedah. Arwah nenek aku memang lepas abis kat aku…mana aku nak gi balik sampai malam2 gi menjerat burung xpenah dipersoalkan. Janji solat jangan tinggal. Hidup kat kampong memang best. Tu yang aku xsabar2 nak cuti penggal tu! Kalau balik musim menuai padi, boleh gi racik burung buat lauk. Jerat ayam hutan (tapi slalu aktiviti yg melibatkan ayam hutan ni aku slalu gi ngan arwah pakya..sbb takut terembat belaan “orang” kononnya…kononlaa..) boleh gi menembak ibu haruan besar badan aku (masa tu la) ngan senapang penabur. Kalau balik musim menanam bleh gi kejar KUBOTA (pembajak) –sbb masa membajak kitorang kt blakang Kubota ni gi serkap ikan. Kalau salah serkap ular tedung abis smua  lari..huhu..dah dapat ikan gi bela dalam baldi pastu hari2 amik makan. Masuk dalam paya nipah carik ikan laga (fevered aku ni  sbb leh curik minum air nira nipah tok long silat), rembat perahu man rempah buat tahan taut tak pun suluh udang malam2, mandi sungai hari2 (dulu asal subuh je gi mandi sungai…tapi ada hari tu pas mandi ada taik lembu kat towel aku..aku amik kayu nak kuis…tiba2 dia gerak2…baru aku tahu ianya ular sawa..larikk..nasib aku mandi tertib..klau tak..), maghrib gi surau kayu pastu ngaji (aku plak yg kena ajar bdk2!!...hampeh tul tok siak ni)…balik ngaji mnyamar hantu kacau bdk2 pompuan..dah penat gi curik buah rambutan on da way blik umah. Jarang skali aku tengok tv kt kampong. Pas abis ngaji salin baju, makan pastu keluar naik beskal/moto malam2 buta gi tengok burung hantu kerja (tangkap tikus) kat sawah…sambil2 tu gi suluh gi angkat tangkul ke bubu ke kot2 dapat ikan ke belut ke leh la pesta2 unggun api di malam yang sunyi!! Tapi tu semua dulu…skarang air sungai dah tercemar…dulu sungai tu ibarat kawan…dari minum sampai la ke berak semua sungai tu la (air paip ngan telaga ada..tapi  air sungai lagi feel)..skarang sungai tu dah semacam musuh pulak…dari racun rumpai, dengan berminyak siap ada bangkai la hapa la smua ada kat situ. Arus pun smakin perlahan. Bau pun lebih busuk dan hanyir. Ikan pun dah xbrapa ada. budak2 skarang xmcm dulu.hemmm..

Bila dah abis skolah aku gi shah alam, and then JB pastu keje kat sunway…tapi duduk ngan parents aku kat putrajaya( dh spuluh tahun dah diorang kat putrajaya…pas abis kontrak kat kuching). Asalnya aku sewa umah kat damansara tapi bila smua adik2 aku dah kuar umah maka aku kesian plak mak ayah aku duduk sensorang kalau jadi apa2 susah. Maka pindah la aku ke rumah parents aku sampai skarang. Jadi kalau orang tanya aku “awak ni orang mana”…dengan confident aku jawab..”KEDAH”!!

“HIDUP UMPAMA AISKRIM, NIKMATILAH IA SEBELUM IANYA CAIR”

No comments:

Post a Comment