Tuesday, November 23, 2010

Media is Mania


Ini adalah kali pertama aku menulis dalam bentuk kritis dalam blog aku (sbb aku rembat laptop codok bwk blik umah..huhu). Sejak dua menjak ni setahun kesetahun ni aku tengok pengisian media terutamanya dari segi isi ilmiah amatlah kurang. Kalau nak dibandingkan  dengan entertainment content memang macam langit dan bumi. Tengok sok kabo dah le, ruang hiburan je siap ada column sendiri rata2nya lebih dari 3 mukasurat penuh beb!berbeza ngan ruang ilmiah semuka setengah je…yg lain2 berita sehari harian. Abis tu pengisian ilmiah dalam pembacaan yang mana yg aku nak?!..xde la apa pun…cube la letak ruang medic ke dalam sok kabo tu,pastu ruang nasiahat niaga ke, tips-tips mcm mana melayu nk maju ke (yang dipinjam dari orang cina), undang2 ke hape ke…kan best tu klau aku ada ilmu2 tu nak dibaca pagi2 ke petang2 ke.
Bukannya xde ruang2 ilmiah mcm yg aku sebut td kt sok kabo ke TV ke hape ke…Cuma terlalu sikit..ada pn ujung2 minggu je tu pun kalau nk dibandingkan ngan hiburan siap ada sisipan khas lagi..HIP la, Pancaindra la hape la. Nak harap TV?!...yg betul2 dipromo kaw2  korang  tengok la sendiri…ada nyanyi2 ngan joget2 tu la yg paling banyak promo!..rating katanya…duit tu duit jugak tapi ingat,apa yang dihidangkan pada anak bangsa itu la yang mencerminkan generasi yang akan dihasilkan dari acuan2 skarang ni. Kalau senget hidangan atau acuan..maka senget la anak bangsa nanti. Kan aku dah membebel tak pasal2 plak korang nk mlayan.
Teringat aku cikgu skolah menengah aku dulu yang mengajar sejarah masa aku tingkatan 3. Nama dia cikgu azalan xsilap aku. Dia ni keturunan bugis asal dari pesisir pantai samporna, sabah(kalau xsialp aku la). Asal masuk kelas je memang kaw2 dia kutuk kami budak2 melayu. Memandangkan sekolah aku skolah agama, maka semua yg skolah kt situ semuanya budak2 melayu. Dalam masa mengajar tu ade je dia selit2 kata2 kutukan kat bangsa melayu such as melayu ni malas la, lembap, xsedar diri dan xth diuntung. Menyirap jgk aku masa tu. Tapi bila aku dh besar  skit baru la aku nmpak sgala kebenaran kata2 cikgu aku tu. Beliau hanya menyatakan kebenaran dan itu adalah taktik beliau untuk kami anak2 melayu bangun sedarkan diri yang konon2 nak kaya tapi malas buat kerja, selalu fikir singkat, bazirkan peluang dan masa, dan blab la bla.
Kemudian aku bila aku besar sikit lagi persepsi aku jadi berlainan sikit. Bagi aku melayu ni masih satu bangsa yang muda. Melayu penah maju dulu tp sbb duit maka ditendang la oleh orang putih sampai rebah. Pas merdeka baru blajar nak bertatih dulu sampai nk merangkak…sampai la skarang..masih merangkak. Jadi melayu ni betul2 memerlukan pertolongan dari bangsanya sendiri sbb dalam dunia ni xde bangsa lain nk mnolong bangsa lain walaupun islam ajar bahawa saudara seagama itu adalah sebangsa tiada beza. Maka diberi la subsidi dan khidmat nasihat ditatang bagai minyak yang penuh oleh pemimpin2 mereka walau ada segelintir pemimpin hanya mengambil kesempatan saja tp kurang2nya dia tolong jugak xde la pulun abis. Namun begitu ada segelintir orang melayu sendiri menentang subsidi dan amalan tolong mnolong ni sbb katanya xadil bg pihak bangsa lain. Bangsa lain ada ke mati lawan penjajah dulu?brapa sen diorang kumpul duit antar rombongan Tunku gi London? Tapi semua tu bukan persoalan yg dibangkitkan sbb bangsa lain tetap Malaysian no matter what. Everybody respect that.
Maka pemimpin2 tolong2 la anak2 bangsa mu nih. Gemblengkan semua sumber  yang ada terutamanya media untuk bangunkan melayu. Takat nak guna media buat kempen politik tu skali-skala udah la kang rakyat jemu tengok brita asyik2 politik asyik2 politik kang naik angin kang pangkah yg lain macam baru2 ni baru korang cirit. Pada peminat hiburan tu jangan la cop aku ni anti hiburan pulak…bukan xleh tp pada2 la..lagi korang ketagih lagi banyak media bagi kt korang. Aku pn layan jgk melodi tv3 hari ahad tu. Aku pun layan naruto, gundam ntv7, detective conan(dulu la), raja lawak, pocoyo,..Cuma media wat le banyak skit learning slot ala2 learning channel astro tu…kan bagus. Xpn wat cam Top gear ke ape ke..ada gak ilmu ngan leh enjoy. Blaja tu boring tapi kena cara memang fun abis. Mat saleh bleh buat xkan melayu xbleh buat. Maka sedar-sedar la melayu..mintak tolong klau perlu pertolongan, jangan harap orang suap je,usaha2 le skit. Rebut peluang tebalkan muka jangan sia2 benda yang ada sapu abis pukul rata peduli apa orang kata sbb kita jgk yg nk Berjaya dah Berjaya jgn lupa nk tolong anak bangsa walau dulu xdapat apa2 mintak tolong org xbagi muka mintak nasihat orang mengata memang celaka tapi usaha punya usaha akhirnya bejaya jua pastu orang mntk tolong kat kita nk Berjaya nak buat kita idola kita plak kata sorry dulu aku sendiri2 nk berdiri sampai skarang dah bleh berlari ko pun pandai2 la sendiri jgn mcm tu dia anak bangsa kita jangan la buat naya kesian la kat dia…anak bangsa melayu kita.
Balik la bangsaku, dah jauh hanyut dah…pegangla al-quran dan sunnah…nabi nk mati pn dia sebut pasal umat dia (korang la tu!...aku pn sama)…udah2 le tu.

People are like mirror for us, they say what reflect from us. They will say badly about us before we finish our make-up but we won’t stop coz we know they will say good things when we finish. As long as you know what you do, just do it. Take what people say as guideline and lesson for you to achieve whatever you want. wassalam

No comments:

Post a Comment